Monday, October 20, 2008

Siapa lantik abdullah (25 Julai 2008)

Assalamualaikum...
Kepada semua ahli UMNO,
1) Marilah kita renungkan sejenak apa bahawa yang dikatakan oleh Tun ini adalah nasihat yang paling berguna untuk masa depan UMNO.
2) Marilah kita bersama-sama bersatu hati untuk menyingkirkan paklah dalam mesyuarat UMNO Cawangan & Bahagian.
3) Bagi ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan mudah saja, cuma kemukakan USUL UNTUK MENDESAK ABDULLAH BADAWI LETAK JAWATAN. Cuba kita bayangkan jika banyak cawangan yang mengemukakan usul ini? Semestinya paklah tiada pilihan lain lagi.
4) KITA JANGAN PERCAYA PADA PERALIHAN KUASA 2010. Ini hanya gimik politik paklah & Khairy saja. Jika kita percayakan pada peralihan 2010 ini, pasti UMNO akan terus lingkup.
5) Jika terdapat ketua-ketua cawangan @ bahagian yang PRO PAKLAH, cepat-cepat kita singkirkan. Orang-orang ini telah banyak makan gula-gula paklah & Khairy. Orang-orang inilah yang telah menjahanamkan UMNO.

Kepada Ayahanda Tun..
Saya tidak pernah menyalahkan Tun didalam hal pelantikan paklah sebagai PM dahulu. Ini kerana, saya yakin apa yang Tun lakukan dulu adalah menurut keutamaan parti demi kejayaan agama, bangsa & negara.

No comments: