Saturday, November 1, 2008

Financial Turmoil (18 September 2008)

Assalamualaikum...........
1) Tidak hairanlah mengapa negara kita Malaysia berjaya menanggani krisis ekonomi 1998 dulu. Ini adalah kerana dari kebijaksanaan Tun ketika itu.
2) Saya yakin dengan penerangan dari artikel tun ini, Tun masih mampu lagi mentadbir negara kita dan khususnya menjaga kewangan negara. Jika tidakpun, sekurang-kurangnya menjadi PENASIHAT EKONOMI NEGARA.
3) Semestinya Paklah mahu lari dari tanggungjawab kerana melepaskan portfolio kewangan di saat krisis ekonomi ini. Masakan tidak, dalam soal-jawab ekonomi paklah tak tahu apa satu pun.
4) Kepada Dato Najib, jika betul-betul mahu menjadi Menteri kewangan yang cekap dan berjaya di saat krisis ini, terimalah Tun Dr. Mahathir sebagai PENASIHAT DI KEMENTERIAN KEWANGAN.
5) Jika betul-betul kerajaan sekarang telus untuk pulihkan ekonomi negara, semestinya nasihat dari orang-orang berpengalaman diperlukan.
6) Bukannya mendengar nasihat dari 'lulusan oxford' atau 'runner tingkat 4' yang hanya mempunyai kepentingan diri sendiri yang GILA.

No comments: