Tuesday, November 25, 2008

Rasuah dan Keazaman Politik (25 November 2008)

Tun,
Sebenarnya, format pemilihan UMNO telah patut diubah dengan hanya mengira undi di peringkat Bahagian sahaja. Tak perlulah nak pilih G7 untuk memberi undi pulak. G7 akan menyebabkan politik wang makin banyak berlaku.
Saya berasa sedih bila calon yang mendapat pencalonan terbanyak di peringkat bahagian tiba-tiba kalah sewaktu undian diperingkat pusat. Siapa penyebabnya? tentulah G7.
Jadi, memandangkan sekarang ni politik wang semakin teruk dalam umno, tak payahlah buat undian bulan mac nanti. Kita sahkan je la pemimpin-pemimpin yang mendapat pencalonan tertinggi baru-baru ini sebagai pemenang.

PRESIDEN UMNO : DATO' SERI NAJIB (184 pencalonan)
TIMB. PRESIDEN UMNO : TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN (91 pencalonan)

NAIB PRESIDEN UMNO :
DATO' SERI HISHAMUDDIN (151 pencalonan)
DATO' SERI AHMAD ZAHID HAMIDI (106 pencalonan)
DATO' SERI MOHD SHAFIE AFDAL (81 pencalonan)

KETUA PEMUDA : DATO' MUKHRIZ MAHATHIR (74 pencalonan)
NAIB KETUA : DATO' RAZALI IBRAHIM (99 pencalonan)

KETUA WANITA : TAN SRI RAFIDAH (116 pencalonan)
NAIB KETUA : DATO' SERI SHAHRIZAT (102 pencalonan)

No comments: