Sunday, October 19, 2008

Kontrak sosial Malaysia (12 Julai 2008)

Assalamualaikum Tun..
Sebenarnya, paklah sendiri yang mewujudkan pertikaian tentang kontrak sosial ini. kenapa? Sebabnya, paklah melantik menteri kesayanganya iaitu Zaid Ibrahim di bahagian kehakiman.
Apa Zaid lakukan? Kononnya, Zaid ingin menunjukkan ketelusan pemerintahan kuku besi paklah sekarang ini. Dia menubuhkan suruhanjaya kehakiman, menjemput majlis peguam berbincang dan bermacam lagi dilakukanya untuk menunjukan ketelusan kerajaan.Tetapi apa sudah jadi?Itulah, JANGAN BERMAIN API!!

Wahai Paklah & Zaid,
Kalau dah tahu diri kamu tu tak berapa cerdik ataupun Bodoh, tak payahla nak memandai-mandai. Lebih baik jika kamu meminta nasihat & pandangan dari TUN terlebih dahulu. Cuba kamu berdua baca apa yang tun ceritakan tentang kontrak sosial ini. Saya rasa kamu berdua pun tak tahu menahu tentang kontrak sosial ni.

Kepada Majlis Peguam,
1) JANGAN BERMAIN API!!
2) Apa yang kamu lakukan adalah untuk kepentingan sesuatu pihak saja. kalau tak masakan sewaktu forum baru-baru ini, ahli panelnya semua dari pihak pembangkang.
3) Peguam-peguam sekarang ni dah tak ada kerja ke? Dah tak ada ke kes-kes di Mahkamah?

Ayahanda TUN,
Alangkah baiknya jika TUN masih lagi PM Malaysia sekarang.

No comments: