Sunday, October 19, 2008

Peralihan kuasa (11 Julai 2008)

Assalamualaikum Tun,
1) Biarlah paklah nak serah kuasa kepada najib 2010 nanti, sebab kita semua dah tahu ini hanya lakonan semata-mata. Ini hanya untuk menutup kemarahan rakyat pada paklah saja.
2) Apa yang pasti kita sebagai ahli UMNO mesti tetapkan di hati kita bahawa dalam mesyuarat perwakilan nanti, kita akan tetap mencalonkan nama lain selain dari paklah sebagai Presiden UMNO.
3) Sekiranya lebih 30% bahagian UMNO mencalonkan nama lain selain paklah sebagai presiden, paklah dah tiada pilihan lain lagi selain terpaksa berlawan.
4) KITA JANGAN PERCAYA LANGSUNG PADA PERALIHAN KUASA 2010 NANTI. Paklah sepatutnya mesti letak jawatan dari dulu lagi, bukannya 2010. Kalau paklah kata 2009 pun kita jangan percaya.
5) Saya masih ingat lagi pada bulan April lalu, Paklah mengatakan akan berundur Disember 2008. Tapi sekarang apa dah jadi? TERNYATA PAKLAH PENIPU BESAR!! PAKLAH FLIP-FLOP!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah Ya Tuhan kami,Engkau makbulkanlah doa kami,Engkau lembutkanlah hati paklah untuk meletak jawatan,Engkau tunjukkan kepada paklah jalan yang benar sebagai pemimpin,
Amin...

No comments: