Sunday, October 19, 2008

Snippet - Peralihan kuasa (10 Julai 2008)

Kalau lah betul apa yang tun katakan ini, maka HAMPEH la kita Tun. Apa akan jadi kepada bangsa melayu kita nanti? apa akan jadi kepada negara kita nanti? Saya bersetuju dengan Tun, jika paklah terus kekal sebagai presiden UMNO maka berkemungkinan UMNO dah tak wujud lagi satu hari nanti.
Pada pendapat saya, apa yang terjadi semasa PRU12 adalah perancangan dari Paklah, Khairy & Anwar untuk MELINGKUPKAN UMNO SEMATA-MATA. Ini kerana selepas BN banyak hilang kerusi parlimen dan kalah 5+1 negeri, Paklah seperti tidak mempedulikannya. Paklah seperti mahukan perkara ini terjadi.

Kepada bakal perwakilan UMNO BAHAGIAN,
1) Setelah membaca mesej dari Tun ini, sedarlah diri kita!!
2) Marilah kita menentang ketua bahagian yang masih sayangkan paklah sebagai presiden UMNO. Kita gunakan Mesyuarat perwakilan bahagian nanti untuk MENENTANG SEPENUHNYA NAMA PAKLAH.
3) Bersatulah kita untuk memilih ketua bahagian yang mempunyai semangat sayangkan bangsa melayu dan parti UMNO. Sebaliknya, bukan memilih ketua yang PENAKUT & PEMBODEK saja.
4) Kita perlu berani untuk mencadang nama lain sebagai presiden UMNO selain dari paklah.
5) Janganlah kita termakan dengan GULA-GULA yang paklah sediakan untuk memancing undi. Sekiranya ada, SEGERALAH REPORT KEPADA BPR.

Kepada bakal perwakilan PEMUDA UMNO BAHAGIAN,
1) Hanya seorang pemimpin pemuda yang berkaliber sekarang adalah DATO' MUKHRIZ MAHATHIR.
2) Bersatulah kita untuk menaikkan Dato' Mukhriz sebagai KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
3) Bersatulah kita untuk MENYINGKIRKAN KHAIRY PENGKHIANAT.
4) Sekiranya ada ketua pemuda bahagian @ negeri yang sayangkan Khairy, segeralah kita halau orang-orang ini. Mereka ini adalah penerima gula-gula yang besar.

Kepada Paklah & Khairy,
1) Kalau betul la kamu berdua nak lingkupkan UMNO, gentleman la kamu keluar dari UMNO sekarang dan tubuhlah parti baru. Tak payahlah kamu berdua nak susah-susah pertahankan jawatan lagi.
2) Kamu berdua hanya menggunakan UMNO untuk mengaut keuntungan negara semata-mata.
3) Kamu berdua adalah pengkhianat parti UMNO
4) Kamu berdua adalah pengkhianat agama Islam.
5) Kamu berdua adalah pengkhianat bangsa Melayu.
6) Kamu berdua adalah pengkhianat Negara Malaysia.

Kepada Ayahanda Tun,
1) Kami akan terus beri sokongan kepadamu biarpun Tun bukan lagi ahli UMNO.
2) Kami sanggup keluar UMNO jika Tun tubuhkan parti baru.
3) Selamat menyambut hari lahir. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
4) Selalulah jengok-jengok kat Pulau Langkawi ni, Tiket Feri pun naik lagi pulak.

AMIN.

No comments: