Monday, October 20, 2008

MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (10 Ogos 2008)

Assalamualaikum Tun,
1) Sebenarnya, penggunaan bahasa inggeris dalam pelajaran sains & matematik ini lebih banyak faedahnya dari keburukan.
2) Bukan setakat pelajar yang dapat menguasai bahasa inggeris, malah guru-guru pun dapat memperkasakan lagi penggunaan bahasa inggeris mereka. Buktinya, masih ramai guru-guru yang tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik.
3) Jika kita lihat sekarang, sudah ramai pelajar-pelajar sekolah rendah yang dapat bertutur bahasa inggeris dengan baik. INI SATU PERKEMBANGAN YANG SIHAT.
4) Betul kata Tun, pejuang bangsa yang tidak mahu perubahan adalah mereka yang sayangkan kedudukan mereka sebagai pemimpin. Kononnya, TAKUT HILANG POPULARITI.
5) Sebaliknya, pemimpin yang membantah cadangan Tun ini akan MENINGKAT POPULARITINYA.
6) Saya masih ingat kata-kata Tun, iaitu kegagalan Tun semasa menjadi PM Malaysia ialah kesukaran menukar cara pemikiran bangsa melayu. Hal ini adalah salah satu daripadanya.
7) Apapun, saya tidak pernah manyalahkan Tun di dalam cadangan yang ini kerana saya yakin DAYA PEMIKIRAN TUN ADALAH UNTUK MASA DEPAN agama, bangsa & negara.
8) HIDUP TUN DR. MAHATHIR!!!!

No comments: