Monday, October 20, 2008

Rasuah politik (11 Ogos 2008)

Salam Sejahtera Tun,
Inilah punca atau penyebab utama negara kita haru biru sekarang. Ianya bermula dari kelemahan pimpinan UMNO yang menyebabkan parti keramat ini tidak berpengaruh dan tidak relevan lagi.
Saya begitu sedih melihat nasib UMNO sekarang. Pemimpin-pemimpin atasan hanya pandai menjaga kedudukan sendiri masing-masing. Mereka tidak hiraukan lagi nasib ahli-ahli yang sebenarnya lebih bersemangat kemelayuan dari mereka. Lama-kelamaan, di dalam UMNO tiada lagi melahirkan pemimpin-pemimpin yang betul-betul berjuang untuk Agama, Bangsa & Negara.
Wahai Paklah,
1) Sedarlah diri kamu bahawa rakyat sudah tidak suka kamu lagi. Majoriti ahli UMNO sekarang sudah tidak suka kamu lagi. Sedarlah bahawa, ahli-ahli yang menyokong kamu hanyalah mereka yang pentingkan diri sendiri sahaja.
2) Tidak malu kah kamu, bahawa sekarang sudah banyak cawangan UMNO yang berani membuat usul mendesak kamu letak jawatan? Sebelum ini, belum pernah dalam sejarah ada cawangan yang berani membuat usul kepada presiden.
3) Tidak malu kah kamu, melihat parti PAS sudah membuka kelab penyokong PAS kepada bangsa cina & india? Ini menunjukkan bukan hanya melayu, malah bangsa-bangsa lain pun sudah tidak suka dengan kamu.

Wahai Ayahanda Tun,
1) InsyaAllah kami akan pastikan Tun kembali menjadi ahli UMNO Disember ini kerana Paklah bukan lagi Presiden UMNO. Kami di dalam UMNO masih perlukan khidmat nasihat Tun.
2) InsyaAllah kami juga akan pastikan Dato' Mukhriz sebagai ketua pemuda UMNO.

No comments: