Sunday, October 19, 2008

Perpaduan (25 Jun 2008)

Memang betul Tun, di zaman pemerintahan Paklah ni sudah tiada lagi perpaduan di kalangan orang melayu, UMNO dan semua bangsa di malaysia ini. Pemerintahan paklah ini sudah boleh dianggap sebagai pemerintahan "SILENT KUKU BESI". Paklah banyak memusnahkan keamanan, kesejahteraan dan kejayaan yang dinikmati oleh bangsa melayu khasnya dan negara malaysia amnya. Antara perpecahan yang dicipta oleh paklah ialah ;-
1) Pergolakan dalan pucuk pimpinan GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung). Khairy banyak memainkan peranan.
2) Pergolakan parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan.
3) Rusuhan dari HINDRAF. mereka mengambil kesempatan untuk berdemontrasi di atas kelemahan & kelesuan pemerintahan Paklah.

Paklah juga menyembunyikan perpecahan yang sedang berlaku di dalam UMNO. Sebenarnya, ahli UMNO yang menyokong Paklah hanyalah mereka yang SUKA MENGAMPU, SAYANGKAN JAWATAN, SAYANGKAN PROJEK ANGAN-ANGAN PAKLAH. (golongan-golongan ini akan kembali memaki hamun & mengutuk paklah bila 'ORANG TUA' ni sudah tidak lagi jadi PM.)Sebaliknya, kebanyakan ahli UMNO di peringkat akar umbi (termasuk saya) terlalu sangat tawar hati dengan parti keramat bangsa melayu ini. Ini kerana, UMNO sekarang dipimpin oleh manusia yang busuk hatinya dan mempunyai sifat-sifat PENGKHIANAT. Itulah Abdullah Badawi.
Saya masih ingat di zaman pemerintahan Tun, Tun selalu menyatakan bahawa satu-satunya kejayaan yang Tun cipta selama 22 tahun menjadi PM Malaysia ialah KEAMANAN & PERPADUAN PELBAGAI KAUM.
Kami faham bahawa Perpaduan Kaum akan memudahkan kerja-kerja Pentadbiran sesebuah negara. Apabila kerja pentadbiran menjadi mudah, barulah negara dapat melakukan pembangunan. TETAPI apakan daya, nasib kita bangsa Melayu & negara Malaysia sekarang begitu malang sekali kerana dipimpin PAKLAH & FAMILY.
Bagi saya sepanjang pemerintahan paklah, beliau tak faham benda-benda berikut:-
1) Apa itu perpaduan kaum?
2) Apa itu pembangunan ekonomi?
3) Apa itu dasar politik luar?
4) Apa itu kedaulatan negara?

Paklah hanya tahu untuk membela dirinya & keluarganya sahaja. Beliau sanggup membiarkan rakyat menderita.
HARUS DIINGAT PAKLAH, APABILA RAKYAT MENDERITA MAKA TIADALAH LAGI PERPADUAN DI DALAM NEGARA INI.

Kepada Ayahanda Tun,
KAU ADALAH BAPA PERPADUAN SEJATI.KAU ADALAH BAPA PEMBANGUNAN NEGARA.KAU ADALAH PEMBELA BANGSA MELAYU.

TERUSKAN USAHA MURNI MU.
AMIN....

No comments: