Sunday, October 19, 2008

Snippet / Corat-coret (26 Jun 2008)

Assalamualaikum........
1) Vote of (no) confidence
Ahli Parlimen SAPP mungkin telah menerima sesuatu sebelum 24/6/2008. Mungkinkah ugutan? mungkinkah sogokan?

2) Blo(g)cked
Ianya sengaja diada-adakan kerana Paklah & the gang sudah mula takut dengan pendedahan yang dibuat oleh Tun.

3) Abdullah's Umno (ABNO - ABdullah National Organization)
Selepas ini kita singkirkan paklah & the gang dari umno. Biar dia tubuh partinya sendiri ABNO. Paklah tak sepatutnya memperjudikan UMNO untuk kepentingan diri sendiri & keluarga.

4) NGV
mungkin salah satu strategi paklah untuk menyerahkan PETRONAS kepada MENANTU TINGKAT 4

5) Langkawi
Tahun ini merupakan tahun ke 8 saya menetap di Langkawi. Di zaman pemerintahan Tun, Langkawi begitu cepat menerima pembangunan yang seimbang. Saya mengakui bahawa pembangunan yang Tun berikan kepada Langkawi banyak membantu orang-orang melayu di Pulau Lagenda ini. Di waktu itu, hampir setiap bulan Tun akan melawat Langkawi. Tetapi di zaman Paklah ini, Langkawi seperti mahu dibuangnya dari peta malaysia ini.
- Paklah lebih pentingkan Singapura dari Pulau di dalam negaranya. Tiada lagi rombongan atau seminar dari pihak kerajaan ke Langkawi. Ramai pemilik hotel & chalet yang mengeluh kerana kekurangan pelancong. Kenaikan harga tiket feri pun tidak diambil pedulinya.
- 3 orang Wakil Rakyat di Langkawi pun telah dibeli oleh Paklah & Khairy. Mereka sanggup menyingkirkan anak Tun (Mukhriz) untuk menjadi wakil rakyat di sini. Kononnya, mereka masih relevan memimpin di Langkawi. Bagi saya, mereka yang bersengkongkol dengan khairy ini harus disingkirkan dalam pemilihan Umno bahagian nanti.

Tun..Tanpamu, Pulau Langkawi mungkin tidak akan menjadi seperti hari ini. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KERANA MEMBANGUNKAN LANGKAWI.

No comments: