Memang dasar kerajaan paklah sekarang ini untuk tidak mahu menumpukan pada pelancongan dan perindustrian. Paklah hanya nampak PERTANIAN & RASUAH sahaja. Paklah tak berminat langsung untuk meneruskan projek-projek peninggalan Tun, kononnya kerajaan tak ada duit. Duhai Paklah, jangan la menipu rakyat dengan mengatakan kerajaan tak ada duit. Rakyat sekarang semua dah ada pendidikan, dah ada ilmu. Mungkin paklah sorang saja kut yang belum cukup ilmu. Sudahlah Langkawi dilingkupkan Paklah, tak kan Tioman pun nak jadi mangsa jugak? Paklah nak bangunkan Penang saja ke? Apakan daya Penang pun dah terlepas ke tangan pembangkang.
Mesej kepada Paklah:
1) BATALKAN SEMUA PROJEK ANGAN-ANGAN MU SEPERTI JAMBATAN KEDUA PENANG, WILAYAH ISKANDAR DAN WILAYAH KORIDOR. KERANA SAYA YAKIN PROJEK INI SEMUA AKAN TERBENGKALAI DAN MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT SAJA.
2) SAMBUNGKAN SEMULA PROJEK-PROJEK YANG TELAH TUN ILHAMKAN SEPERTI JAMBATAN BENGKOK. APA YANG TUN ILHAMKAN ADALAH UNTUK KEBAIKAN NEGARA AMNYA DAN BANGSA MELAYU KHASNYA, RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI PAKLAH.
Sunday, October 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment